
BINTULU: Tabung Darah Hospital Bintulu dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Bintulu akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada 15 Oktober ini bertempat di LHDN Cawangan Bintulu.
Menurut satu kenyataan, kempen tersebut akan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan terbuka kepada orang awam.
Program itu bertujuan menambah bekalan darah di hospital selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah secara berterusan.
Orang ramai digalakkan hadir bagi menjayakan program berkenaan yang bukan sahaja mudah dan selamat, malah memberi manfaat besar kepada penerima darah.
“Setiap titisan darah amat berharga dan mampu menyelamatkan nyawa,” ujar kenyataan itu.
Mereka yang mempunyai urusan di LHDN Bintulu amat digalakkan untuk singgah dan menyertai kempen itu sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat.
Oleh Carolyne Utih