Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen derma darah dan organ sempena Hari Malaysia di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Kempen derma darah dan organ sempena Hari Malaysia di Miri

Utusan Sarawak 19 hours ago
KEMPEN derma darah dan organ sempena Hari Malaysia di Miri.

MIRI: Orang ramai dijemput untuk menyertai Kempen Derma Darah dan Ikrar Derma Organ bersempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

Kempen anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Miri dengan kerjasama Persatuan Guang Ning Miri dan Tabung Darah Hospital Miri akan berlangsung dari 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari di Aster Hall, Aras Bawah, BSMM.

Antara aktiviti disediakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma meliputi tekanan darah, glukosa, asid urik, pemeriksaan postur, serta pendaftaran saringan mamogram dan HPV DNA percuma.

Jurucakap BSMM Miri berkata, kempen itu bukan sahaja bertujuan menggalakkan orang ramai tampil menderma darah, malah memberi kesedaran mengenai pentingnya ikrar sebagai penderma organ.

“Derma darah adalah tindakan mudah dan selamat yang mampu menyelamatkan nyawa.

“Pada masa sama, ia memberi manfaat kepada kesihatan penderma sendiri,” katanya.

Sebagai penghargaan, 120 penderma darah terawal yang berjaya akan menerima beras wangi 5 kilogram, barangan cenderahati dan sijil penghargaan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat BSMM Miri di talian 085-41121 atau WhatsApp 011-54065045.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 776 warga SMK Pakan sertai ceramah keselamatan kebakaran
Next: JPJ Sarawak adakan Mesyuarat Penggunaan E-PG di Mahkamah Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.