Kempen Bola Keranjang 3×3 Sarawak berakhir di suku akhir selepas dijinakkan tuan rumah

Facebook
WhatsApp
SEKITAR aksi skuad bola keranjang Sarawak. Foto Ukas

KLANG: Kempen skuad bola keranjang 3×3 lelaki Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas 11-21 kepada tuan rumah, Selangor, hari ini.

Kuartet Sarawak yang dibarisi Leon Ling Sheng Yi, Nelson Tan Yin Fung, Hii Tai Seng dan Denny Pek Sheng Yi gagal mengekang permainan agresif Selangor dalam aksi yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang Bukit Tinggi 2.

Sarawak pada awalnya memberikan saingan sengit, namun beberapa gerakan yang kurang kemas menyebabkan peluang untuk menghasilkan mata gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebaliknya, Selangor yang menurunkan Yap Zen Haw, Yap Jin Xi, Tan Yu Xiang dan Chang Yuan Biao tampil lebih tersusun, sekali gus memanfaatkan ruang yang ada untuk mengumpul mata dengan lebih konsisten.

Sarawak turut berdepan kesukaran apabila beberapa kesalahan dilakukan memberikan kelebihan kepada Selangor untuk menambah mata, sebelum tuan rumah mengesahkan kemenangan 21-11.

Sementara itu, kempen skuad wanita Sarawak dalam acara sama turut berakhir lebih awal selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut pada peringkat kumpulan, semalam.

Sarawak kini mengalihkan fokus kepada acara bola keranjang 5×5 yang dijadualkan bermula esok, dengan misi menebus kekecewaan dan memburu keputusan lebih baik pada saingan seterusnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak