Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kempen BIFA 2026 bermula di Bintulu, WFL FC tagih sokongan padu peminat
  • SUKAN

Kempen BIFA 2026 bermula di Bintulu, WFL FC tagih sokongan padu peminat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
POSTER perlawanan antara WFL FC menentang PP Academy.

BINTULU: Pasukan WFL FC akan membuka tirai kempen dalam saingan Piala Presiden BIFA 2026 (Edisi Ke-3) menerusi perlawanan pembukaan yang dijadualkan berlangsung di Padang Turf BDA, Dewan Suarah, pada Sabtu ini.

Dalam aksi tersebut, WFL FC bakal menentang PP Academy, dengan perlawanan dijangka bermula pada pukul 3.30 petang. Perlawanan ini dijangka menjadi tumpuan apabila kedua-dua pasukan berhasrat memulakan kempen dengan kemenangan sulung.

Sehubungan itu, orang ramai, khususnya peminat bola sepak di Bintulu, diseru hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan tempatan. Kehadiran penyokong bukan sahaja akan memeriahkan suasana perlawanan, malah menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

Pihak pengurusan WFL FC turut menzahirkan harapan agar komuniti setempat terus memberikan sokongan terhadap usaha pasukan dalam kejohanan ini, sekali gus memperkukuh semangat kesukanan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Dengan persiapan rapi yang telah dilakukan, WFL FC optimis untuk memulakan kempen dengan langkah kanan, namun mengakui bahawa sokongan padu daripada penyokong di lokasi perlawanan mampu menjadi pemangkin utama kejayaan pasukan.

Justeru, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan perlawanan pembukaan ini serta menyaksikan sendiri aksi WFL FC dalam saingan Piala Presiden BIFA 2026.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Lamine Yamal dinobat atlet muda terbaik tahunan Anugerah Laureus
Next: Kejohanan merentas desa pendidikan khas MSS Sarawak himpunkan 329 atlet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.