Kempen 14 hari di Sarawak lancar 

Facebook
WhatsApp

KUCHING: “Sepanjang tempoh berkempen selama 14 hari lalu, proses berkempen di Sarawak berjalan dengan lancar, Alhamdulillah,” kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

“Nampaknya perpaduan rakyat di sini amat baik dan rakyat telah mempunyai pilihan mereka. 

“Saya berharap selepas PRU15 ini, negara kita akan aman dan mempunyai kerajaan yang stabil,”katanya ketika ditemui pemberita sejurus selesai mengundi di SK Merpati Jepang di sini pagi ini. 

Dalam pada itu, Abang Johari serta isteri mengundi undi sekitar jam 9:29 pagi di saluran 1 SK Merpati Jepang.

Beliau sempat beramah mesra dengan pengundi sebelum memasuki pusat mengundi.

Abang Johari turut menyeru rakyat Sarawak untuk turun mengundi pagi ini memandangkan cuaca baik dan keadaan berjalan dengan lancar. 

Untuk rekod, jumlah pengundi di kawasan Parlimen Petra Jaya keseluruhannya berjumlah 109,809 pengundi.

Pengundi lelaki berjumlah 53,847 dan perempuan berjumlah 55,962 pengundi.

Oleh AZREEN KERIA 

PRN NS: Anthony Loke Tewas di DUN Chennah

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional