KANCHANABURI: Menjejaki hutan tebal dan kawasan pergunungan pada waktu malam untuk mengelak ditangkap, sepasang suami isteri dari Myanmar mengharungi perjalanan yang melelahkan ke Thailand bagi mencari pekerjaan ekoran negara mereka dilanda rampasan kuasa.
Myo Chit dan isterinya adalah antara ribuan pendatang yang melakukan penyeberangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, didorong oleh krisis ekonomi yang dilanda pandemik dan kegawatan yang dicetuskan oleh penggulingan kerajaan awam Aung San Suu Kyi oleh junta.
Perjalanan dua hari mereka dari Wilayah Tanintharyi pantai Myanmar membawa mereka melalui ladang jagung, ladang getah dan hutan tebal sebelum mereka sampai ke sempadan berliang (lubang) yang mana mereka menyeberang ke wilayah Kanchanaburi di Thailand dengan bantuan penyeludup.
Di sana mereka berisiko ditangkap dan diproses segera untuk dihantar pulang oleh polis Thailand.
Pasangan itu kemudiannya pergi ke Wilayah Samut Sakhon dekat Bangkok yang mana ramai pendatang Myanmar mencari pekerjaan berdasarkan sejarah.
Tetapi, bagi pendatang tanpa izin di Thailand, kehidupan di bawah radar adalah suram.
Ramai menghabiskan malam mereka di perumahan yang sesak atau di rumah rakan dan saudara mara dan setiap hari cuba mengelak daripada pihak berkuasa.
“Tetapi, kami tidak boleh tinggal (di bandar kami)… kami terpaksa memikirkan masa depan anak-anak kami,” kata Myo Chit yang berusia 45 tahun yang menggunakan nama samaran kerana takut dikesan pihak berkuasa Thailand.
Dia akhirnya mendapat pekerjaan di kilang pewarna pakaian dengan memperoleh AS$10 sehari.
Dengan seorang kanak-kanak berusia enam tahun dan seorang bayi ditinggalkan dalam jagaan mertuanya di Myanmar, Myo Chit berkata, perpisahan itu sukar tetapi perlu dilakukan.
“Kami tidak dapat tinggal di sana kerana harga yang tinggi… kami terpaksa meninggalkan kampung kami. Kami datang ke sini hanya untuk mencari wang,” ujarnya.
Permintaan untuk pekerja Myanmar adalah tinggi di Thailand berikutan mereka tidak mempunyai pilihan selain menerima gaji yang lebih rendah.
Menurut Kementerian Buruh, terdapat kekurangan sehingga 200,000 pekerja di Thailand.
Tetapi, tiada toleransi di Bangkok untuk penghijrahan haram dan mereka yang ditangkap melakukan percubaan itu dihantar untuk pemprosesan undang-undang diikuti dengan penghantaran pulang.
Di sebalik halangan, dua penyeludup yang beroperasi berhampiran lintasan sempadan Tiga Pagoda Wilayah Kanchanaburi memberitahu perniagaan adalah baik.
Harga untuk membuat persimpangan antara 13,000 hingga 25,000 baht Thailand (AS$380 hingga AS$750) dan mendorong ribuan pendatang rela membayar untuk secara haram.
“Ada yang ditangkap, tetapi lebih ramai lagi yang tidak,” kata seorang penyeludup dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan. -AFP