Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemeriahan Krismas semakin dirasai
  • TEMPATAN

Kemeriahan Krismas semakin dirasai

Utusan Sarawak 5 months ago

SEMANGAT KRISMAS… Dato Wee Hong Seng dan Shalene Matthew merakamkan gambar bersama orang ramai selepas majlis perasmian ’The Kuching Christmas Heartbeat’ di The Podium

KUCHING: Kemeriahan dan warna-warni hiasan yang didirikan semakin dirasai di The Podium dengan pelancaran ‘The Kuching Christmas Heartbeat’ yang menawarkan pelbagai gerai usahawan tempatan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata setiap musim perayaan membawa mesej penting iaitu untuk memaparkan semangat keterangkuman dalam masyarakat.

“Meskipun ruangan ini (The Podium) tidak bersaiz besar, pihak penganjur berusaha menyediakan ruang dan tempat untuk peniaga tempatan mempamerkan produk mereka yang unik.

“Ini jelas menunjukkan bahawa setiap musim perayaan, kita tidak lupa dan meninggalkan mana-mana golongan termasuk peniaga kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan dan melawat gerai PKS sempena ‘The Kuching Christmas Heartbeat’ di The Podium, di sini, semalam.

Acara yang dianjurkan oleh Woo Woo Whimsy itu bermula dari 18 Disember hingga 23 Disember ini, dari 9 pagi setiap hari.

Menjelas lanjut, Wee berkata acara itu melibatkan 28 gerai PKS yang mempamerkan pelbagai produk seperti makanan, kraf tangan tradisional, pakaian, aksesori dan pilihan hadiah menarik.

Selain itu, katanya ia juga melibatkan Persatuan Orang Pekak dan Buta Sarawak bagi menyokong golongan itu mempromosikan khidmat mereka dalam bidang refleksologi.

”Ini menunjukkan bahawa acara ini juga memberi fokus kepada keterangkuman sosial yang melibatkan pelbagai golongan dari pelbagai bangsa dan juga kaum.

”Saya berharap semangat seperti ini akan terus dipupuk pada masa akan datang terutamanya pada musim perayaan agar semua dapat merasai nikmatnya,” katanya.

Turut hadir ialah penganjur acara ‘The Kuching Christmas Heartbeat’, Shalene Matthew. 

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: SDNU berjaya kumpul RM100,000 
Next: Sorotan 2024: Misi emas Olimpik belum kesampaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.