Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kementerian Pendidikan Tinggi pantau harga makanan di IPTA, gesa IPTS kawal harga
  • NASIONAL

Kementerian Pendidikan Tinggi pantau harga makanan di IPTA, gesa IPTS kawal harga

Utusan Sarawak 13 hours ago
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bercakap pada sidang media selepas Majlis Pencapaian & Halatuju Celik MADANI di Menara Merdeka 118, hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapat kafeteria di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) berikutan kebimbangan berlakunya kenaikan harga makanan dan minuman.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu turut disuarakan dalam pertemuan beliau bersama beberapa wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru-baru ini.

“Di peringkat universiti awam, kita sentiasa memantau dan juga ia dibuat berdasarkan pemerhatian oleh peringkat Naib Canselor mereka.

“Di peringkat universiti swasta pula kita telah memaklumkan kepada mereka supaya mengambil kira keadaan semasa agar tidak menaikkan harga di kafeteria,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pencapaian dan Hala Tuju Celik MADANI di Menara Merdeka 118, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan Menu Kasih Siswa di IPTA dalam masa terdekat bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, beliau berkata, Program Celik Kewangan Belia MADANI (Celik MADANI) yang dilaksanakan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mencatatkan perkembangan positif, dengan merekodkan lebih 200,000 penyertaan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada tahun lepas.

Program tersebut yang menyasarkan penyertaan kumulatif seramai 1 juta pelajar menjelang 2030, selaras dengan usaha berterusan ASNB untuk memperkasakan literasi kewangan dan membentuk belia Malaysia sebagai generasi labur yang berdaya tahan demi masa depan yang lebih cerah.

“Setakat ini sudah ada 200,000, dan saya yakin menjelang tahun 2030 nanti jumlah sasaran seramai 1 juta penyertaan pelajar itu akan tercapai,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Azlinda Azman. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: BDR bukan alasan turun tahap produktiviti
Next: Krisis tenaga: PBT digesa laksana langkah penjimatan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.