Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kementerian Lulus Projek Naik Taraf Paip 600mm di Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Kementerian Lulus Projek Naik Taraf Paip 600mm di Bintangor

Utusan Sarawak 2 hours ago
SESI PERBINCANGAN… Datuk Ding Koung Hiing mempengerusikan sesi perbincangan di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Meradong, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi telah meluluskan projek naik taraf paip lama dari simpang keluar jalan raya Bintangor sehingga ke stesen penambah tekanan kepada paip berdiameter 600mm.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata projek tersebut merupakan langkah penting bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang telah sekian lama menjejaskan penduduk rumah panjang di sepanjang Jalan KJD.

“Langkah ini bertujuan memastikan bekalan air dari Bayong menjadi lebih stabil, sekali gus membolehkan kuantiti air yang mencukupi disalurkan ke menara takungan tinggi di Batu 13, Jalan KJD bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di kawasan tersebut.

“Projek naik taraf ini dijangka siap dalam tempoh 12 bulan,” katanya.

Koung Hiing berkata demikian semasa mempengerusikan sesi perbincangan di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Meradong, melibatkan tuai rumah panjang di sepanjang Jalan KJD dan pegawai Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarikei, semalam.

Tambahnya, beliau akan menggesa pihak JLBAB bukan sahaja menyiapkan projek ini mengikut jadual, malah berharap ia dapat disiapkan lebih awal supaya penduduk di kawasan Jalan KJD dapat menikmati bekalan air yang mencukupi secepat mungkin. 

“Diharapkan projek naik taraf ini dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah bekalan air di kawasan tersebut,” katanya.

Dianggarkan sekitar 20 hingga 30 rumah panjang terjejas oleh masalah kekurangan bekalan air di sepanjang Jalan KJD.

Sementara itu, ketika ditemui media, beliau berkata meskipun masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama, pihak JBALB Sarikei sejak kebelakangan ini telah melakukan beberapa penambahbaikan pada sistem bekalan air di kawasan tersebut.

“Masalah utama ketika ini adalah paip utama baharu yang dipasang berdiameter 600mm hanya sampai ke simpang keluar jalan raya berhampiran jambatan tinggi Bintangor. 

“Namun paip dari simpang tersebut ke stesen penambah tekanan masih berdiameter 280mm, menyebabkan aliran air terhad,” katanya.

Koung Hiing turut berterima kasih kepada JBALB Sarikei kerana mencadangkan penyelesaian “pam terus” yang sangat membantu penduduk rumah panjang di sepanjang Jalan KJD. 

Selain itu, katanya, JBALB Sarikei juga berjanji untuk menghantar bekalan air bersih ke rumah panjang yang masih belum mendapat bekalan air stabil.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Meradong, Sonia Hii; Penolong Pegawai JBALB Sarikei, Thomas Ling; Pengerusi Persatuan Tuai-tuai Rumah Meradong, Tuai Rumah Kichu Ajan; Pemanca Yii Hee Sieng; Pemanca Agan Luat dan Penghulu Selah Jugi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi banjir Niah, enam mangsa berjaya dipindahkan
Next: BBP Sarikei pantau Sungai Nyelong, trend air surut direkodkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.