Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kementerian Luar Negeri hulur bantuan segera pelajar UUM terkandas di Hatyai — Nancy
  • SEMASA

Kementerian Luar Negeri hulur bantuan segera pelajar UUM terkandas di Hatyai — Nancy

Utusan Sarawak 2 hours ago
JELASKAN… Dato Sri Nancy Shukri ketika ditemui pemberita selepas ditemui pemberita selepas menghadiri Kem Kasih Keluarga 2.0 di Damai Central, di Santubong, hari ini.

KUCHING: Kementerian Luar Negeri melalui Malawakil Malaysia sedang menghulurkan bantuan segera kepada 36 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama empat pensyarah yang terkandas di Hatyai, Thailand selepas kawasan itu dilanda banjir, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata kumpulan pelajar berkenaan kini berdepan kesukaran mendapatkan bekalan makanan selain tidak dapat keluar dari kawasan terjejas.

“Mereka mengalami masalah bekalan makanan dan untuk keluar pun susah. Malawakil sedang membantu.

“Sebenarnya rakyat Malaysia amat beruntung, di mana-mana pun mereka berada kementerian berkaitan akan membantu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Kem KASIH Keluarga 2.0 di Damai Central, di sini, hari ini.

Menurut laporan media tempatan pagi tadi, kumpulan pensyarah dan pelajar yang terkandas di Hatyai, Thailand kini berdepan kekurangan bekalan makanan, ketiadaan elektrik serta bekalan air yang terputus sejak malam tadi.

Mereka yang menginap di Wangburapa Grand Hotel, Hatyai, dilapor mula terjejas selepas banjir kilat melanda kawasan itu sehingga menyebabkan arus deras menenggelamkan jalan sekitar hotel sehingga melebihi paras kenderaan jenis pacuan empat roda. 

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata pihaknya turut dimaklumkan tentang perkembangan banjir di beberapa negeri dalam negara termasuk Kelantan, Kedah dan Terengganu, yang menyaksikan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan peningkatan paras air.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah berada dalam keadaan siap siaga sejak bulan lalu, dengan kerjasama NADMA dan agensi penyelamat lain.

“Semua PPS sudah dibuka dan pasukan respon kita sentiasa peka. Kita memang bersedia lebih awal kerana banjir dijangka makin menjadi,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya juga menjalankan latihan simulasi lebih awal dan memperkemas sistem pendaftaran bantuan untuk memastikan mangsa menerima bantuan dengan lebih cepat.

“Kita sudah ada akaun dan sistem laporan supaya bantuan dapat terus dimasukkan ke akaun mereka. Fasiliti penyimpanan barangan bantuan pun sudah disediakan dan dikemas kini,” ujarnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pembangunan jalan dan elektrik pacu transformasi Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.