Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kementerian hasrat taja pereka seni budaya Sarawak ke peringkat antarabangsa
  • TEMPATAN

Kementerian hasrat taja pereka seni budaya Sarawak ke peringkat antarabangsa

Utusan Sarawak 7 months ago

Snowdan (dua dari kiri) semasa merasmikan majlis Citra Warisan Mensia ‘Lenggang Darul Hana’ di Sibu, malam tadi.

SIBU: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berhasrat menaja pereka-pereka seni budaya Sarawak ke peringkat antarabangsa, termasuk ke Semenanjung Malaysia. 

Timbalan Menteri, Datuk Snowdan Lawan, berkata inisiatif ini bertujuan memartabatkan produk warisan seperti tekstil, songket dan keringkam. 

Menurutnya, produk ini bukan sahaja bernilai tinggi sebagai khazanah negara malah juga mampu memacu sektor pelancongan berasaskan warisan.

“Kadangkala kita dijemput oleh negara lain untuk mempamerkan budaya Sarawak. Kementerian boleh menaja wakil untuk mempromosikan produk seperti keringkam di pentas antarabangsa,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap selaku mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis Citra Warisan Mensia ‘Lenggang Darul Hana’ yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di sini malam tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak menyediakan Dana Mudahcara Warisan sebanyak RM10 juta setiap tahun. 

Dana ini, katanya, bertujuan untuk menyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab-kelab dalam meningkatkan kualiti produk seni budaya Sarawak melalui penganjuran bengkel dan kelas.

Beliau berkata dana ini boleh dipohon secara atas talian dan jumlahnya bergantung kepada skala program yang dirancang.

“Mereka boleh memohon dana antara RM30,000 hingga RM100,000, bergantung kepada jumlah peserta dan tempoh bengkel atau kelas. Sebagai contoh, di Kapit, mereka memohon sekitar RM50,000 untuk mengadakan kelas tenunan baju burie, yang kini semakin popular,” tambahnya.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Pastikan pendaratan ikan di Tanjung Bako, bukan jeti persendirian – LKIM
Next: Kerajaan turut tumpu prasarana mesra warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.