
TAIF: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi melalui cawangannya di Mekah meneruskan usaha kesedaran bagi musim Haji 1446H dengan mengagihkan bahan pendidikan kepada para jemaah yang tiba di Wadi Mahram Miqat, Taif, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Pada 22 hingga 29 Zulkaedah, Kementerian mengedarkan sebanyak 2,403 naskhah penerbitan dalam bahasa Arab, Urdu dan Bengali, bagi membantu jemaah pelbagai negara menunaikan ibadah mengikut panduan Nabi Muhammad SAW.
Usaha itu merupakan sebahagian daripada peranan berterusan kementerian dalam menyediakan sokongan pendidikan pelbagai bahasa kepada jemaah haji, demi membolehkan mereka menyempurnakan ibadah dengan lebih mudah dan tenang.– Bernama-SPA