Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kemenangan pertama United bukan ‘titik perubahan’ – Amorim
  • SUKAN

Kemenangan pertama United bukan ‘titik perubahan’ – Amorim

Utusan Sarawak 3 days ago

Fernandes meraikan jaringan kemenangan United yang dihasilkannya. Foto AFP

MANCHESTER, England: Manchester United meraih kemenangan pertama yang amat diperlukan musim ini buat pengurus yang tertekan Ruben Amorim, namun ia hanya hadir menerusi sepakan penalti minit ke-97 oleh Bruno Fernandes untuk menewaskan Burnley 3-2.

Selepas tersingkir daripada Piala Liga di tangan pasukan divisyen keempat, Grimsby Rabu lalu, Red Devils dua kali melepaskan kelebihan di Old Trafford malam tadi.

Namun mereka diselamatkan pada masa kecederaan apabila Fernandes, yang gagal menyempurnakan penalti ketika seri 1-1 menentang Fulham minggu lalu, kali ini tidak mensia-siakan peluang dari titik putih selepas semakan VAR mendapati Amad Diallo ditarik.

Kemenangan itu membolehkan United mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan awal Liga Perdana Inggeis (EPL), sekali gus meredakan sedikit tekanan ke atas Amorim menjelang rehat antarabangsa selama dua minggu.

“Saya tidak fikir mengenai titik perubahan,” kata Amorim selepas mencatat hanya kemenangan kelapannya dalam 30 aksi EPL selaku pengendali.

“Saya sudah bincangkan perkara ini dengan anda (media) lebih 10 kali. Jadi ia dari hari ke hari… banyak yang perlu dilakukan, tetapi hari ini kami kembali sedikit ke tahap sebenar.”

Juara 20 kali England itu sebelum ini mengalami detik paling memalukan dalam era Amorim apabila dimalukan Grimsby, kekalahan pertama dalam sejarah kelab kepada pasukan dari Liga Dua.

Pengendali warga Portugal itu turut menimbulkan tanda tanya mengenai masa depannya selepas perlawanan, dengan berkata “sesuatu perlu berubah” dan beliau akan “fikirkan semasak-masaknya.”

Amorim menggugurkan penjaga gol Andre Onana selepas kesilapannya dalam kedua-dua gol Grimsby, namun penggantinya Altay Bayindir turut mengharungi petang yang sukar.

United kini dikaitkan dengan usaha mendapatkan penjaga gol Antwerp, Senne Lammens, sebagai penyelesaian isu di posisi itu sebelum tarikh akhir perpindahan esok.

“Bergelar penjaga gol Manchester United ketika ini memang sukar. Tetapi kalau lihat gol pertama, kami sepatutnya lebih baik dalam bertahan di kawasan kotak penalti,” tegas Amorim.

“Pemain sedang bergelut sedikit dengan segala isu di sekeliling kelab, ia normal. Jadi bukan hanya penjaga gol, saya rasa setiap orang perlu tingkatkan prestasi.” – AFP

Continue Reading

Previous: Atlet kelahiran Sarikei pecah rekod kebangsaan milik sendiri
Next: Tang Jie–Ee Wei julang emas dunia, hadiah merdeka buat Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.