Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kemenangan ke atas Chelsea terlalu rumit – Amorim
  • SUKAN

Kemenangan ke atas Chelsea terlalu rumit – Amorim

Utusan Sarawak 2 weeks ago

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes meledak gol pertama menentang Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester. United menang 2-1. – Foto AFP

MANCHESTER: Ruben Amorim memberi amaran kepada Manchester United supaya berhenti menjadikan hidup mereka terlalu ‘rumit’ selepas berjaya meredakan tekanan ke atasnya dengan kemenangan 2-1 menentang Chelsea, awal pagi tadi.

Sedang berjuang untuk mengelak daripada dipecat selepas permulaan musim yang mengecewakan, Amorim mendapat suntikan semangat apabila penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez dilayangkan kad merah seawal minit kelima di Old Trafford.

Bruno Fernandes pantas meletakkan United di hadapan dengan gol ke-100 miliknya untuk kelab itu dalam semua kejohanan, ketika membuat penampilan ke-200 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Casemiro menggandakan kelebihan United sebelum pemain tengah Brazil itu pula dibuang padang kerana dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan babak pertama.

Casemiro meraikan jaringannya. Foto AFP

Gol lewat Trevoh Chalobah untuk Chelsea mencetuskan penutup perlawanan yang mendebarkan, tetapi United bertahan untuk meraih kemenangan kedua mereka dalam enam perlawanan di semua kejohanan musim ini.

Pasukan bimbingan Amorim kini naik sementara ke tangga kesembilan, memberi sedikit ruang bernafas kepada pengendali dari Portugal itu.

“Ia sangat penting. Saya rasa kami layak (untuk menang), tetapi kami merumitkan keadaan setiap kali.

“Saya rasa kami memulakan perlawanan dengan baik dari segi agresif, menekan lawan dan membakar semangat penyokong kami.

“Sudah tentu kad merah diraih penjaga gol mereka banyak membantu kami, tetapi kami mengawal permainan, kami menjaringkan dua gol. Dan ketika semuanya berjalan lancar, kami merumitkan keadaan dengan menerima kad merah.

“Separuh masa kedua saya rasa kami mengawal permainan dengan baik, tetapi pada akhirnya, 15 minit terakhir agak sukar untuk kami. Mereka menjaringkan gol dan kami terpaksa bertahan sebelum akhirnya menang,” kata Amorim.

Selepas permulaan musim yang sukar, Amorim berbangga dengan cara United bertungkus-lumus untuk memastikan kemenangan kedua dalam semua kejohanan musim ini.

United gagal memenangi dua perlawanan EPL berturut-turut musim lalu dan Amorim mencabar pemainnya untuk menamatkan kemarau itu ketika menentang Brentford hujung minggu depan.

“Hari ini kami menang. Memang seronok menang, tetapi lupakan itu dan kembali dengan rasa terdesak untuk menang. Kami perlu menang perlawanan seterusnya. Itu yang paling penting,” katanya. – AFP

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes meledak gol pertama menentang Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester. United menang 2-1. – Foto AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool kekal rekod sempurna, tewaskan Everton 2-1
Next: Slot puji kekuatan mental pemain Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.