Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kemenangan gelaran ‘gila’
  • SUKAN

Kemenangan gelaran ‘gila’

Utusan Sarawak 3 years ago

2021 FIA Formula One World Champion Red Bull's Dutch driver Max Verstappen celebrates with members of his team in the parc ferme of the Yas Marina Circuit after winning the Abu Dhabi Formula One Grand Prix on December 12, 2021. - Max Verstappen became the first Dutchman ever to win the Formula One world championship title when he won a dramatic season-ending Abu Dhabi Grand Prix. (Photo by Giuseppe CACACE / AFP)

JUARA Dunia Formula Satu FIA 2021, Max Verstappen dari Belanda yang memandu untuk pasukan Red Bull meraikan kejayaan beliau bersama ahli pasukannya di Litar Yas Marina selepas memenangi Grand Prix Formula Satu Abu Dhabi. Max Verstappen menjadi pemandi pertama dari Belanda memenangi kejuaraan dunia Formula Satu apabila dia memenangi Grand Prix Abu Dhabi yang berakhir dengan dramatik. • Foto AFP

MAX Verstappen yang penuh emosi menyifatkan perjalanannya ke juara dunia Formula Satu 2021 sebagai ‘gila’ selepas beliau menewaskan pesaingnya, Lewis Hamilton dalam pecutan pusingan terakhir untuk kemenangan di Grand Prix Abu Dhabi kelmarin.

“Ia hanya gila,” katanya. “Matlamat saya semasa saya kecil adalah untuk menjadi pemandu Formula Satu. Anda mengimpikan podium dan kemenangan. Tetapi apabila mereka memberitahu anda bahawa anda adalah juara dunia, ia adalah luar biasa.”

Verstappen dan Hamilton melangkah ke peringkat perlumbaan terakhir dengan sama mata dan nampaknya pemandu Mercedes itu akan bertahan untuk memenangi gelaran dunia kelapan.

Campur tangan kereta keselamatan empat pusingan sebelum tamat, bagaimanapun, memberi peluang kepada Verstappen untuk menentang Hamilton dalam pusingan akhir ke garisan penamat yang mendebarkan.

“Ia sukar dipercayai,” kata Verstappen yang berusia 24 tahun.

“Sepanjang perlumbaan saya terus berjuang kemudian ada peluang pada pusingan terakhir, ia luar biasa.

“Saya tidak tahu nak cakap apa. Pasukan saya dan Honda berhak mendapatnya.”

Verstappen juga berterima kasih kepada rakan sepasukannya Sergio Perez, yang memainkan peranan penting dalam kemenangan itu, dan pasukan Red Bullnya.

“Akhirnya sedikit nasib untuk saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Checo (Perez), dia adalah rakan sepasukan yang cemerlang.

“Pasukan saya tahu saya sayangkan mereka. Saya harap kita boleh lakukan ini selama 10, 15 tahun bersama.

“Saya tidak mahu berubah sampai bila-bila. Saya mahu kekal bersama mereka sepanjang hayat saya, jika mereka mahukan saya.

“Saya sangat gembira. Matlamat kami adalah untuk memenangi kejuaraan ini apabila kami bersatu dan kini kami telah melakukannya.”

Perlumbaan itu menandakan berakhirnya pertandingan epik dengan juara tujuh kali Hamilton yang telah menyaksikan kedua-dua mereka berselirat di litar dan di luarnya.

“Lewis merupakan seorang pemandu yang menakjubkan, pesaing yang sedemikian. Kami mengalami masa yang sukar, itulah sukan, semua orang mahu menang.” – AFP

Continue Reading

Previous: Aifa dambakan lebih banyak kejayaan
Next: Malaysia hilang dua tonggak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.