Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kemboja raikan Hari Antidadah Antarabangsa
  • GLOBAL

Kemboja raikan Hari Antidadah Antarabangsa

Utusan Sarawak 3 years ago

HAPUS…Timbunan dadah haram yang dirampas terbakar semasa upacara pemusnahan bagi simbolik ‘Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu”. • Foto AFP

PHNOM PENH: Kemboja membakar lebih enam tan metrik dadah dan bahan terlarang pada Ahad sempena Hari Antidadah Antarabangsa, kata pegawai.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Sar Kheng membakar bahan terlarang yang dirampas itu pada satu majlis yang diadakan di Pulau Berlian di ibu negara Phnom Penh, lapor Xinhua.

“Acara itu jelas menggambarkan kesediaan dan komitmen teguh kerajaan Kemboja untuk mencegah dan menyekat semua bentuk dadah terlarang,” katanya.

Kheng menambah bahawa pihak berkuasa akan memperhebat tindakan keras terhadap semua jenis jenayah dadah dan pengubahan wang haram.

Pendakwaraya Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Chrreng Khmao berkata, kira-kira 6.25 tan metrik dadah dan bahan terlarang meliputi heroin, kokain, methamphetamine, ekstasi, cathinone, ketamin dan nimetazepam telah dimusnahkan.

Negara Asia Tenggara itu tidak mengenakan hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, mereka yang disabitkan bersalah mengedar lebih 80 gram dadah boleh dipenjara seumur hidup.

Menurut Jabatan Polis Antidadah (ADP) negara, sepanjang tempoh Januari-Mei 2022, pihak berkuasa telah menahan 6,168 suspek termasuk 80 warga asing serta merampas 1.58 tan metrik dadah haram.-Bernama

Continue Reading

Previous: JKDM perketat kawalan pintu sempadan
Next: Rusia serang Kiev ketika sidang G7 bermula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.