Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kembara Sains Borneo 2025 dekatkan PSN ke sekolah Sabah, Sarawak
  • SEMASA

Kembara Sains Borneo 2025 dekatkan PSN ke sekolah Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (tengah) melakukan gimik perasmian semasa menghadiri Majlis Pelancaran Program Minggu Sains Negara 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan semalam. Foto BERNAMA

KUCHING: Pusat Sains Negara (PSN) akan membawa bas pameran PSN ke 30 lokasi terpilih di Sabah dan Sarawak pada Program Kembara Sains Borneo (KSB) bersempena dengan Minggu Sains Negara (MSN) 2025.

Pengarah PSN Mohammad Fuad Rahman berkata bas pameran yang dinamakan PSN Trooperz On The Move itu dilengkapi dengan 20 ruang pameran interaktif yang direka khas untuk menarik minat pelajar terhadap sains.

“Inisiatif ini memberi ruang kepada pelajar yang tidak berpeluang melawat Pusat Sains Negara di ibu negara untuk merasai sendiri pengalaman melalui pameran bergerak yang kami bawa ke lokasi mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Minggu Sains Negara 2025 di sini semalam.

Mohammad Fuad berkata fokus utama KSB adalah untuk mendekatkan komuniti pelajar di kawasan pedalaman dan luar bandar dengan Pusat Sains Negara.

CHANG Lih Kang berucap pada Majlis Pelancaran Program Minggu Sains Negara 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan semalam. Foto BERNAMA

“Pemilihan (untuk KSB) meliputi sekolah di bandar, luar bandar dan pedalaman, pemilihan pelajar juga melibatkan pelajar sekolah rendah hingga sekolah menengah.

“Untuk KSB, kami tidak bergerak bersendirian. Kami bekerjasama dengan rakan strategi iaitu Planetarium Negara, sokongan daripada Akademi Sains Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia dan Petrosains,” katanya.

Beliau berkata KSB bukan sahaja memberi tumpuan kepada pelajar, tetapi juga melibatkan guru-guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik melalui pelaksanaan program latihan.

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dua program penjelajahan utama, iaitu Kembara Sains Borneo dan Rehlah Sains akan menjadi tumpuan di bawah inisiatif Minggu Sains Negara 2025.

Kedua-dua program ini merupakan usaha strategik MOSTI untuk memastikan manfaat pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dapat dinikmati secara menyeluruh merentas pelbagai kawasan geografi termasuk komuniti di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.

Program MSN 2025 akan menjelajah ke enam zon utama di seluruh negara, bermula di Sarawak diikuti Terengganu, Sabah, Johor, Kedah dan berakhir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Setiap lokasi akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk pameran pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), persembahan sains yang mengujakan, kuiz interaktif, bengkel pendidikan serta pameran kerjaya berasaskan teknologi masa hadapan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amirruddin Ahmat harumkan nama Sarikei di London
Next: Peguam Negara, Peguam Besar Negeri terlibat dalam proses rundingan MA63 – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.