Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kembara MDK 2025 tarik 250 peserta di SMK Kubong
  • Utara
  • WILAYAH

Kembara MDK 2025 tarik 250 peserta di SMK Kubong

Utusan Sarawak 2 days ago
BUDAYA ILMU..Para pelajar dan guru yang menyertai Program Kembara Majalah Dalam Kelas (MDK) Peringkat Sarawak. 

LIMBANG: Seramai 250 peserta terdiri daripada pelajar dan guru sekolah rendah serta menengah menyertai Program Kembara Majalah Dalam Kelas (MDK) Peringkat Sarawak 2025 bagi Bahagian Limbang yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubong, Isnin lepas.


Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri (DBP) Cawangan Sarawak melalui perkongsian dalam laman rasminya berkata penyertaan kali ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan para guru.


“Penyertaan amat mengalakan ini adalah usaha, sokongan dan kerjasama padu daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Limbang, pihak Jawatankuasa Pengurusan warga SMK Kubong dan semua sekolah yang terlibat.


“Program ini bukan sahaja dapat membantu para guru mahu pun pelajar dalam aktiviti didik hibur, malah dapat mengenali majalah terbitan DBP, terutamanya majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa dan Pelita Bahasa,” katanya.


Katanya pegawai dari Bahagian Majalah dan Akademi DBP turut turun padang sebagai fasilitator program.


“Pameran dan jualan buku juga turut diadakan bagi memeriahkan program Kernival Intelek 2025 yang berlangsung dari 19 hingga 21 Mei ini.


“Beberapa program akan dilaksanakan seperti Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK), Bengkel Penulisan Kreatif, Sayembara Deklamasi Sajak, Dendangan Syair dan Penglipur lara Moden turut diadakan.


Dalam perkongsian sama DBP menjelaskan Peringkat Akhir bagi Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Menengah (SM), Pertandingan Deklamasi Sajak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Pertandingan Dendangan Syair Sekolah Menengah (SM), Pertandingan Dendangan Syair Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dan Pertandingan Penglipur Lara Moden Sekolah Menengah (SM) Bersempena dengan Karnival Intelek Peringkat Sarawak 2025 di Bahagian Limbang telah berlangsung di SMK Kubong, hari ini.


“Pertandingan ini merupakan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Pejabat Pendidikan Daerah Limbang dan Pejabat Pendidikan Daerah Lawas,” katanya.


Menurutnya pertandingan ini telah menjadi pertandingan tahunan yang diadakan di peringkat sekolah untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah dalam seni penyampaian sastera sajak, syair dan seni penglipur lara.
“Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah dalam seni penyampaian puisi dan menyumbang kepada pemajmukan sastera Melayu selain berperanan ke arah perpaduan kaum dalam kalangan pelajar sekolah,” jelasnya. 

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, yang mewakili Pengarah, Abdul Rasid Subet.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa baham ayam berjaya ditangkap
Next: Miri raikan 20 tahun sebagai Bandaraya Peranginan pertama bukan ibu negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.