DARO: Pelanggan yang telah membeli minyak masak di Daro Fresh Mart (DFM) semalam, 8 Disember dikehendaki untuk mengembalikannya dan menuntut balik wang yang dibayar.
Ini berikutan harga semasa minyak masak dijual semalam adalah harga lama yang belum dikemaskini dalam sistem pembelian.
“Harga yang sepatutnya adalah kurang (lebih murah) daripada harga yang dijual,” kata DFM dalam notis yang disiarkan dalam laman facebooknya.
Ia juga meminta maaf kepada pelanggan di atas kesulitan yang dihadapi.
Pihak DFM ketika dihubungi Utusan Sarawak berkata, mereka yang terlibat boleh memilih untuk mengembalikan minyak masak dan menuntut kembali wang atau tukar dengan barangan lain yang ada.
Pihak DFM mengharapkan kerjasama pelanggan yang terlibat dan sebarang pertanyaan berkaitan masalah berkenaan boleh hubungi Admin di 019-9530058
Oleh Henry b Siyu