Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kematian pempengaruh Taiwan: Nanewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa
  • JENAYAH

Kematian pempengaruh Taiwan: Nanewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa

Utusan Sarawak 9 hours ago
NAMEWEE, penyanyi rap Malaysia, kini direman untuk membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita Taiwan di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR: Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee, yang kini direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, dipercayai mempunyai “hubungan istimewa” dengan mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan mendapati Namewee telah bersama wanita itu sejak dari luar negara sehingga kedua-duanya berada di negara ini.

“Setakat ini, siasatan mendapati suspek memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa. Kita juga telah merakam keterangan semua individu yang terlibat dalam kes ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan toksikologi mangsa yang dijangka mengambil sedikit masa.

Fadil berkata mayat wanita itu juga masih belum dituntut oleh keluarganya.

“Ada individu cuba menuntut (mayat) tetapi kita tidak benarkan kerana tiada keizinan. Jadi kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penyanyi rap berkenaan dibenarkan disambung reman tiga hari hari hingga Khamis ini selepas reman pada 5 November lepas berakhir semalam.

Mangsa iaitu Hsieh Yun Hsin, 33 tahun ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini pada 22 Oktober lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Namewee dipercayai merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.- Bernama

Continue Reading

Previous: 139 saman dikeluarkan, enam kenderaan disita dalam Operasi Khas JPJ Miri
Next: Kuching woman loses RM56,000 in phone scam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.