Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kematian pelatih PALAPES: Tiga jurulatih dituduh hari ini
  • MAHKAMAH

Kematian pelatih PALAPES: Tiga jurulatih dituduh hari ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor hari ini berhubung kes kematian pelatih, Syamsul Haris Shamsudin.

Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata polis telah menerima semula kertas siasatan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes itu yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata AGC telah mengarahkan pertuduhan dibuat terhadap tiga jurulatih PALAPES yang merupakan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.

“Pertuduhan akan dibuat pagi ini di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman bagi kesalahan ini memperuntukkan pemenjaraan hingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khalid turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan proses pertuduhan dan perbicaraan jenayah akan bermula serta demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.

Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada 28 Julai tahun lepas setelah menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram. Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.

Pada 26 Ogos 2025, Mahkamah Tinggi memerintahkan kubur pelatih PALAPES itu digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.

Bedah siasat kedua dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan jenazah dikebumikan semula pada hari yang sama.

Pada 2 Disember tahun lepas, AGC mengarahkan kes kematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mendengar taklimat berhubung hasil siasatan yang dijalankan.- Bernam

Continue Reading

Previous: 28 pesalah dadah dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Saratok
Next: Tiga jurulatih PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.