Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kematian akibat Covid-19 tinggi berbanding influenza 1918
  • GLOBAL

Kematian akibat Covid-19 tinggi berbanding influenza 1918

Utusan Sarawak 4 years ago
1918 FLU… Semasa tahun terakhir Perang Dunia ke-2, wabak selesema pada ketika itu disebut sebagai ‘Spanish Flu’ telah banyak meragut nyawa.

WASHINGTON:Walaupun telah berabad jauh maju dengan bidang perubatan, namun tetap tidak dapat mengalahkan takdir yang mana lebih banyak nyawa rakyat Amerika telah terkorban dalam memerangi wabak Covid-19 berbanding jumlah mangsa yang meninggal akibat influenza pada 1918 dahulu, iaitu berdasarkan data terkini.

Situasi suram menyelubungi itu bermula ketika Amerika Syarikat (AS) mengalami gelombang keempat dan didorong pula dengan jangkitan pengesanan bagi varian Delta, dan tambahan juga, sedikit jumlah (rakyat) mengambil vaksin di kebanyakan wilayah yang menjadi punca utama peningkatan jumlah kematian akibat wabak Covid-19.

Merujuk kepada Universiti Johns Hopkins, setakat Jumaat lalu, sebanyak 675,722 kes kematian telah direkodkan akibat wabak koronavirus di AS, yang mana jumlah itu telah melepasi 675,000 kes kematian ketika wabak influenza mula menyerang AS iaitu tahun terakhir Perang Dunia I dulu.

Umum mengetahui bahawa sekitar 50 juta orang meninggal dunia pada waktu itu akibat pandemik selesema – yang disebut sebagai “selesema Sepanyol” (Spanish flu) – menjadi satu pengalaman terburuk sekali dalam sejarah manusia, menurut ahli epidemiologi.

Itu jauh melebihi kematian Covid global setakat ini – sekitar 4.7 juta.

Namun AS telah menanggung ketidakseimbangan 14 peratus kematian, walaupun ia hanya merangkumi lima peratus penduduk dunia.

Populasi penduduk Amerika pada 1918 adalah kurang satu pertiga berbanding sekarang, ini bermaksud kematian akibat selesema akan setara dengan kira-kira 2.2 juta pada masa kini.

Tidak seperti influenza pada hari ini, yang mana impaknya terhadap kanak-kanak hingga ke warga emas paling banyak telah dijangkiti, berbeza dengan situasi semasa wabak selesema 1918, ia jarang sekalu berlakunya kematian dalam lingkungan golongan muda.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, tanpa adalah bekalan vaksin dan antibiotik terhadap komplikasi bakteria sekunder, usaha untuk mengawal sangat terbatas pada sekitar tahun 1918-1919.

Ia merangkumi “isolasi, kuarantin, tahap kebersihan diri, penggunaan disinfektan, dan had berkumpul beramai-ramai,” tambahnya lagi menerusi satu kenyataan.

Kebanyakan langkah yang sama, termasuklah pemakaian pelitup muka, juga digalakkan ketika bermulanya pengesanan jangkitan wabak Covid-19. – AFP

Continue Reading

Previous: Tiga anggota Taliban maut dalam serangan Jalalabad
Next: Tiga maut, puluhan cedera kereta api tergelincir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.