Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kemaskini: Ronaldo sah lanjut kontrak bersama Al Nassr sehingga 2027
  • SUKAN

Kemaskini: Ronaldo sah lanjut kontrak bersama Al Nassr sehingga 2027

Utusan Sarawak 17 hours ago

Ronaldo (kiri) bersama Pengerusi Al-Nassr Football Club, Abdullah Al-Majid selepas menandatangani kontrak baharu. Foto AFP

CRISTIANO Ronaldo.

RIYADH: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, sah melanjutkan kontraknya bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr, sehingga 2027, menurut pengumuman rasmi kelab itu.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berbulan lamanya mengenai masa depan pemain berusia 40 tahun itu, yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab lain.

“Cristiano Ronaldo kekal di @AlNassrFC sehingga 2027,” tulis kelab berkenaan dalam satu hantaran di X.

Beberapa minit sebelum pengumuman rasmi dibuat, pasukan memuat naik video pendek yang menyaksikan Ronaldo berjalan di tepi pantai dan berkata: “Al Nassr untuk selama-lamanya.”

Ronaldo mula menyertai Al Nassr pada awal 2023, yang menjadi titik permulaan kepada kemasukan ramai bintang bola sepak dunia ke Liga Pro Saudi – kebanyakannya pada penghujung karier mereka – susulan pelaburan besar oleh kerajaan Arab Saudi.

Bulan lalu, Ronaldo memuat naik hantaran ‘episod ini sudah tamat’, hanya beberapa jam selepas Liga Pro Saudi menutup tirai musim dengan Al Nassr menamatkan kempen di tangga ketiga. Walaupun Ronaldo muncul selaku penjaring terbaik liga dengan 25 gol, namun dia gagal menjulang trofi di Arab Saudi mahupun rantau berkenaan bersama Al Nassr – pasukan yang tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara Asia, bulan lalu. -AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool sah ikat Kerkez
Next: Mbappe fail tuduhan gangguan moral terhadap PSG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.