Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kemaskini: KPDN rampas 2,340kg minyak masak paket bersubsidi 
  • JENAYAH

Kemaskini: KPDN rampas 2,340kg minyak masak paket bersubsidi 

Utusan Sarawak 7 months ago

DIRAMPAS... Sebahagian daripada minyak masak paket dan gula pasir kasar yang dirampas KPDN di sebuah premis di Kuching, semalam.

KUCHING: Sebanyak 2,340 kilogram (kg) atau 2.3 tan metrik minyak masak paket bersubsidi berjaya dirampas dalam satu operasi penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak semalam.

Menurut jurucakap KPDN, operasi ini dijalankan berikutan aduan orang awam mengenai penjualan barang kawalan secara atas talian. 

Katanya, selain minyak masak, pihak penguat kuasa turut merampas 936 kg gula pasir kasar, dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM8,517.60. 

“Rampasan dilakukan di sebuah premis perniagaan di Jalan Setia Raja, Kuching, dengan kerjasama enam pegawai penguat kuasa KPDN. 

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menyiasat pemilikan barang kawalan yang mencurigakan. 

“Jika sabit kesalahan, hukuman denda maksimum sehingga lima juta ringgit atau penjara menanti peniaga terbabit,” katanya. 

KPDN meminta agar orang ramai terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkenaan sebarang penyelewengan barang kawalan bersubsidi. 

Maklumat boleh disampaikan melalui pelbagai saluran aduan yang disediakan termasuk WhatsApp di 019-848 8000 dan portal e-aduan KPDN.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: Lima lelaki bertopeng rompak kedai runcit di Sarikei
Next: Kes Alif Teega dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.