Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: Kereta masuk tasik Unimas, wanita maut
  • KEMALANGAN

Kemaskini: Kereta masuk tasik Unimas, wanita maut

Utusan Sarawak 4 days ago
KERETA yang dipandu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik berdekatan bulatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini pagi tadi.

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik berdekatan bulatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintenden Damataries Launtin berkata mangsa dikenali sebagai Nur Shareefah Lusia Abdullah, 50, manakala anaknya Nur Badrina Saharidan, 17, yang turut berada dalam kenderaan itu terselamat.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motokar yang dipandu oleh mangsa sedang dalam perjalanan dari Desa Ilmu menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang menggunakan jalan dalam kawasan Unimas.

“Sebaik tiba di kawasan tasik berdekatan bulatan Unimas, kenderaan terbabit dipercayai telah berhenti seketika di tepi jalan di atas kawasan rumput sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam tasik,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Damataries berkata Nur Shareefah Lusia disahkan meninggal dunia di Pusat Kesihatan Prima Unimas pada 11.51 pagi semasa menerima rawatan dan jenazah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat manakala anaknya, yang juga Orang Kurang Upaya, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera, kemalangan kendiri pacuan empat roda di Betong
Next: Tragedi bengkel di Miri, lelaki maut dihempap kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.