
SIBU: Seramai 66 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh rumah kayu dalam satu kebakaran di Kampung Hilir di sini, pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, empat rumah musnah terbakar sepenuhnya, manakala rumah tidak berpenghuni turut terbakar 100 peratus.
“Selain itu, dua rumah turut terbakar 20 peratus, dengan daripadanya didiami oleh penyewa,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.
Katanya, JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.13 pagi.

Seramai 25 anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu BBP Sibu Sentral, BBP Sungai Merah dan BBP Sibu Jaya diketuai Andy Alie bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.
Operasi mengawal dan memadam kebakaran telah tamat pada 12.00 tengah hari.
Menurutnya, semasa operasi tersebut pasukan bomba telah mengalami masalah tekanan air yang rendah, masih ada elektrik ketika api sedang marak, jalan yang sempit akibat kesesakan ketika kebakaran dan hanya satu pili bomba berhampiran.
Oleh Akun Giman