Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: Bot karam bawa lebihan muatan
  • KEMALANGAN

Kemaskini: Bot karam bawa lebihan muatan

Utusan Sarawak 17 hours ago
SIDANG MEDIA….KPD Sarikei, Superitenden Aswandy Anis ditemui media di sidang media, hari ini, manakala gambar bot digunakan oleh mangsa selain gambar hiba di Pantai Belawai.

TANJUNG MANIS: Siasatan awal insiden bot karam dipukul ombak di Pantai Belawai dekat sini mendapati bot fiber itu membawa lebihan muatan, yang mengorbankan 10 nyawa.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata, bot kecil itu didapati membawa seramai 16 penumpang selain pemandu.

“Bot ini turut membawa barang-barang. Kita pun tidak menyangka keadaan sungai ini dengan cuaca menyebabkan ombak.

“Kalau kita tengok, siasatan awal kejadian ini, bot membawa lebihan muatan  dalam keadaan bot yang kecil dan penumpang seramai 17 orang (termasuk pemandu) selain barang-barang,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian tragis yang berlaku petang Sabtu lalu, bot fiber membawa 16 warga Indonesia bersama pemandu tempatan, karam.

Mereka berlepas dari Pantai Belawai setelah membeli bekalan makanan untuk balik ke tempat kerja mereka di ladang seberang Kampung Belawai.

Aswandy berharap agar semua penumpang bot sentiasa berwaspada terutama dengan situasi sekarang ini, keadaan cuaca yang tidak menentu. 

Katanya, dalam keadaan tersebut dan sungai berombak, menyebabkan bot tersebut karam. 

Beliau berkata kesemua jasad mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan sempurna.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Belawai terutama para nelayan kerana bersungguh-sungguh membantu agensi penyelamat sepanjang tiga hari operasi SAR. 

“Bantuan dari penduduk kampung dan juga nelayan-nelayan ini memudahkan kita dalam operasi SAR dan menemui semua mangsa dalam jangka masa singkat,” katanya. 

Kesemua lima mayat mangsa bot karam  di Belawai telah ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini. Semuanya lelaki dewasa.

Semalam pada hari kedua operasi, mayat kanak-kanak lelaki ditemui oleh pasukan SAR pada jarak 300 meter dari lokasi kejadian bot karam. 

Sementara itu, empat mayat mangsa di hari pertama operasi ditemui oleh penduduk Kampung Belawai yang menyelamatkan mangsa-mangsa bot karam. 

Beliau juga memberitahu, operasi pada pagi ini melibatkan sebanyak 15 bot terdiri daripada penduduk kampung dan juga agensi-agensi penyelamat. 

“Para pagi ini kita telah menemukan keseluruhan mangsa yang hilang pada hari kejadian tersebut lebih kurang 6.50 sehingga dalam 8.30 pagi. 

“Mangsa terakhir dijumpai setelah hanyut lebih kurang lima kilometer (km),” katanya.

Aswandy berkata tujuh mangsa terselamat termasuk pemandu bot dan 10 mangsa lagi ditemukan meninggal dunia. 

“Mangsa yang ditemukan meninggal dunia ialah lima orang lelaki dewasa, dua wanita dewasa, seorang kanak-kanak perempuan dan dua orang kanak-kanak lelaki. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 5 mangsa bot karam dikenal pasti
Next: Kenderaan terbabas akibat tumpahan minyak atas jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.