Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: 4 maut, 7 selamat dan enam orang lagi masih hilang dalam tragedi bot karam
  • KEMALANGAN

Kemaskini: 4 maut, 7 selamat dan enam orang lagi masih hilang dalam tragedi bot karam

Utusan Sarawak 9 hours ago
(Gambar kanan) Sebak… Suasana di tepi Pantai Belawai. Kredit foto InfoSibu, manakala gambar kiri pasukan SAR maih giat menjalankan operasi SAR di lokasi bot fiber karam. Foto PGO Bomba Sarawak.

TANJUNG MANIS: (Kemaskini) Empat mangsa bot karam terkorban, manakala tujuh yang lain selamat dan enam orang masih hilang dalam tragedi di pantai Belawai dekat sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia ialah dua wanita dewasa serta dua kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Enam yang masih hilang pula terdiri daripada lima lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, mereka yang selamat merangkumi empat lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata kesemuanya 17 orang menaiki bot jenis fiber itu sebelum ia karam.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 2.11 petang tadi.

“Tindakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tepi pantai telah dijalankan oleh anggota bomba menggunakan sebuah bot penyelamat bomba.

“Pasukan bomba sampai di lokasi sejauh 22 kilometer itu pada kira-kira jam 3.12 petang.

“Operasi dibantu oleh pasukan dari agensi Pengawal Pantai Sarawak menggunakan sebuah bot lagi,” katanya dalan satu kenyataan petang ini.

Menurut kenyatan itu lagi, kejadian melibatkan sebuah bot jenis fiber yang membawa penumpang warganegara  Indonesia dari Jeti nelayan Kampung Belawai menuju ke Jeti Ladang kelapa (Zion Pelita)  telah karam sebelum sampai jeti pekerja ladang tersebut. 

Difahamkan bot tersebut membawa penumpang serta barang-barang  keperluan harian.

Katanya, pasukan SAR membuat operasi pencarian di permukaan air menggunakan bot penyelamat dalam lingkungan sejauh tiga kilometer.

“Status terkini, operasi pencarian masih belum menjumpai enam mangsa yang masih hilang,” katanya.

Bagaimanapun, operasi telah ditangguhkan pada jam 6 petang tadi kerana cuaca gelap dan akan disambung semula pagi esok.

Operasi pagi esok akan turut disertai Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba Zon Sibu dan Betong.

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Warga emas maut tersepit, nahas dua lori di Jalan Temesu Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.