Kemaskini: 150 penduduk tinggal sehelai sepinggang, 15 rumah hangus 

Facebook
WhatsApp

SIBU: Seramai 150 orang penduduk tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan 15 rumah di Kampung Hilir Sibu, di sini lewat petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.43 petang itu, kesemua rumah jenis tidak kekal itu telah musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut. 

“Setakat ini seramai 150 mangsa yang terjejas telah berdaftar di Pos Kawalan Bomba, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini dalam kejadian tersebut. 

“Anggota sedang membuat kerja-kerja overhaul,” katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran belum masih disiasat.

Sementara itu, mangsa kebakaran ditempatkan di Surau Darul Ma’wa Kampung Bharu, Sibu dan sebahagiannya tinggal di rumah saudara mara.

Oleh TARANI LANTING 

Tokoh seni budaya Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Tokoh Seni Budaya Terengganu Wan Salmah Wan Sulaiman, 82, meninggal dunia akibat kekurangan oksigen di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)