Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KEMAS terus jadi tonggak pembangunan modal insan luar bandar sejak lebih enam dekad
  • PENDIDIKAN

KEMAS terus jadi tonggak pembangunan modal insan luar bandar sejak lebih enam dekad

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Mohammad Razi Sitam merasmikan Majlis Graduasi Kelas PLF, PLF Versi 2.0 dan LEADS di Dewan Perpaduan Debak, semalam. Foto Abgsem Saribas

DEBAK: Lebih enam dekad selepas ditubuhkan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kekal sebagai institusi penting dalam usaha mendidik, membangunkan dan memperkasakan masyarakat luar bandar khususnya melalui program literasi dan peningkatan kemahiran.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata peranan KEMAS semakin signifikan dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak tercicir dalam arus kemajuan terutama di era digital masa kini.

DATUK Mohammad Razi Sitam merasmikan Majlis Graduasi Kelas PLF, PLF Versi 2.0 dan LEADS di Dewan Perpaduan Debak, semalam. Foto Abgsem Saribas

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Graduasi Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), PLF Versi 2.0 dan Program Pendidikan Literasi Fungsian Dewasa (LEADS) di Dewan Perpaduan Debak, semalam.

Menurut beliau, seramai 66 peserta daripada Bahagian Betong berjaya menamatkan program berkenaan tahun ini, sekali gus membuktikan bahawa peluang menimba ilmu tidak mengenal usia atau latar belakang.

“Kegigihan dan semangat para peserta menjadi contoh terbaik kepada masyarakat luar bandar bahawa ilmu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. 

“Program seperti PLF, PLF 2.0 dan LEADS bukan sahaja mengajar kemahiran asas membaca, menulis dan mengira tetapi turut melengkapkan peserta dengan kemahiran sosial, ekonomi dan digital,” katanya.

DATUK Mohammad Razi Sitam merasmikan Majlis Graduasi Kelas PLF, PLF Versi 2.0 dan LEADS di Dewan Perpaduan Debak, semalam. Foto Abgsem Saribas

Program PLF membantu golongan dewasa yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal untuk membina keyakinan diri, manakala PLF Versi 2.0 memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal dan teknologi. 

Kelas LEADS pula menekankan literasi digital dan sosial bagi memastikan masyarakat luar bandar mampu menyesuaikan diri dengan keperluan dunia moden.

Mengulas komitmen kerajaan negeri, Razi berkata kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan termasuk menyediakan akses pendidikan dan latihan kemahiran secara formal dan tidak formal.

“KEMAS merupakan rakan strategik penting dalam membantu kerajaan negeri melahirkan komuniti yang berdaya saing, berilmu dan berkemahiran. 

“Apabila masyarakat memiliki ilmu, mereka lebih bersedia menyumbang kepada ekonomi setempat serta membina keluarga dan komuniti yang harmonis,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan graduan agar menjadikan kejayaan hari ini sebagai permulaan kepada perjalanan pembelajaran yang lebih luas.

“Ilmu tidak pernah habis dipelajari. Dunia berubah pantas dan kita perlu menguasai kemahiran baharu termasuk pengetahuan digital dan komunikasi agar kekal relevan,” katanya.

DATUK Mohammad Razi Sitam merasmikan Majlis Graduasi Kelas PLF, PLF Versi 2.0 dan LEADS di Dewan Perpaduan Debak, semalam. Foto Abgsem Saribas

Dalam pada itu, Razi merakamkan penghargaan kepada tenaga pengajar dan penyelia KEMAS yang disifatkan sebagai ‘wira di sebalik kejayaan para graduan’, serta keluarga peserta yang sentiasa memberi sokongan moral.

Beliau berharap graduan terus menimba ilmu dan menyokong agenda kerajaan memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat, seterusnya menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat Betong dan negeri ini secara keseluruhan.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan berkualiti asas kemakmuran negara
Next: Teknologi tidak mampu gantikan budi pekerti, tegas Kapitan So

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.