Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KEMAS terus dekati rakyat, jayakan Program Santunan Desa di Baram
  • Utara
  • WILAYAH

KEMAS terus dekati rakyat, jayakan Program Santunan Desa di Baram

Utusan Sarawak 13 hours ago
RASMI – Fazwan Yunus mewakili Dato Anyi Ngau menyempurnakan perasmian Program Santunan Desa KEMAS Parlimen Baram di Dewan Masyarakat Kampung Pemindahan Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bukan sekadar sebuah agensi kerajaan, malah merupakan rakan pembangunan komuniti yang sentiasa mendekati rakyat, memahami keperluan mereka, dan berperanan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau, berkata Program Santunan Desa KEMAS yang dilaksanakan di Parlimen P.220 Baram merupakan inisiatif signifikan dalam menyatukan komuniti dan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

TAHNIAH – Fazwan menyampaikan hadiah kepada Mohd Fifi, johan Pertandingan Karaoke. Foto Jiku Juguong

“Program ini membawa mesej besar membangunkan masyarakat secara holistik merangkumi aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan kesejahteraan keluarga,” katanya dalam ucapan perasmian program yang dibacakan oleh Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Marudi, Fazwan Yunus.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan, bengkel kemahiran, pameran agensi serta program untuk kanak-kanak dan keluarga bukan sahaja memberi manfaat langsung, tetapi juga memupuk semangat kerjasama serta keprihatinan sosial dalam kalangan penduduk.

“Usaha seperti ini sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan tiada komuniti tercicir daripada arus pembangunan negara.

“Kita mahu melihat masyarakat luar bandar terus menikmati pembangunan yang inklusif, selaras dengan visi Sarawak Maju 2030, negeri berpendapatan tinggi dengan rakyat yang makmur, bersatu padu dan sejahtera,” tegasnya.

SOKONGAN – Peserta Program Santunan Desa bergambar kenangan bersama warga KEMAS dan tetamu jemputan. Foto Jiku Juguong

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk KEMAS, agensi kerajaan, ketua masyarakat dan penduduk kampung agar terus berganding bahu menjayakan program seumpama ini.

“Marilah kita pupuk nilai kebersamaan dan semangat gotong-royong, inilah kekuatan sebenar masyarakat luar bandar kita,” ujarnya.

Program yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Pemindahan Marudi itu menyaksikan pelbagai pengisian menarik antaranya Program Desa Cergas – Gotong Royong Perdana, Jom Masuk Kampung: Rewang Sekampung, jualan usahawan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Karaoke, dan cabutan tiket bertuah.

Turut diadakan ialah Sesi Bual Bicara Usahawan, Pertandingan Gubahan Hantaran ‘Tuala’, demonstrasi kraf tangan, Explorasi Belia, aktiviti Kem Patriotik, Pertandingan Masakan Tradisional, serta Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak.

Turut hadir Pengarah KEMAS Negeri Sarawak, Anisah Saidin, Pegawai KEMAS Daerah Marudi, Therry Noel George Anyi, wakil agensi kerajaan serta ketua-ketua masyarakat dan kaum.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba musnahkan sarang tebuan di Sungai Kesa
Next: AZAM Sarawak terus perkasa belia melalui program Kepimpinan Dalam Belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.