

DATO Sri Doris Sophia Brodie telah menyempurnakan majlis Penutupan Program Sinergi KEMAS – Santunan Desa yang berlangsung di Rumah Mary Tuba, Munggu Demam, semalam. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman
SRI AMAN: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus memperkukuh kesejahteraan masyarakat luar bandar melalui pelbagai inisiatif yang menekankan aspek pendidikan, keusahawanan, kesenian dan aktiviti sosial.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie telah menyempurnakan majlis Penutupan Program Sinergi KEMAS – Santunan Desa yang berlangsung di Rumah Mary Tuba, Munggu Demam, semalam.
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada KEMAS kerana memilih Parlimen P.202 Sri Aman sebagai antara lokasi terawal menikmati manfaat daripada pelaksanaan program tersebut.


DATO Sri Doris Sophia Brodie telah menyempurnakan majlis Penutupan Program Sinergi KEMAS – Santunan Desa yang berlangsung di Rumah Mary Tuba, Munggu Demam, semalam. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman
Beliau menjelaskan bahawa Sinergi KEMAS @ Santunan Desa dilaksanakan bagi memperkukuh peranan masyarakat luar bandar dengan pelbagai pendekatan yang merangkumi pembangunan modal insan melalui pendidikan, sokongan keusahawanan, penghayatan kesenian serta penganjuran aktiviti sosial yang berimpak tinggi.
Program ini turut melibatkan kerjasama erat antara pelbagai agensi kerajaan dengan komuniti tempatan, sekali gus memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat di kawasan luar bandar.
Menurut Doris, program seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk, malah menyemai semangat patriotisme serta memperkasakan komuniti untuk lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran semasa.
Majlis tersebut turut disertai seramai 30 Tuai Rumah, selaku wakil Pengarah KEMAS Sarawak Marinda Stewart, Penghulu Mingging, para kaunselor, para usahawan tempatan serta wakil-wakil agensi kerajaan.
Oleh Adi Safarman