Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KEMAS perkasa semangat patriotik kanak-kanak melalui pertandingan foto kreatif
  • Tengah
  • WILAYAH

KEMAS perkasa semangat patriotik kanak-kanak melalui pertandingan foto kreatif

Utusan Sarawak 4 days ago
GAPOR Ahmad yang hadir mewakili ADUN Kalaka menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Foto Kreatif Tabika dan Taska KEMAS 2025 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

ROBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atas penganjuran Pertandingan Foto Kreatif Tabika dan Taska KEMAS 2025 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Beliau berkata, pertandingan itu merupakan pendedahan awal yang sangat baik kepada anak-anak Tabika dan Taska tentang makna serta erti kemerdekaan yang sebenar.

Menurut beliau, program seumpama ini juga berperanan dalam memupuk semangat cintakan tanah air dan menggalakkan keharmonian dalam kalangan generasi muda sejak dari peringkat awal usia.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad yang hadir mewakili ADUN Kalaka. Majlis berkenaan berlangsung di perkarangan Masjid Darul Aman Wasakinah, Roban.

Dalam pertandingan itu, Eshal Syazwan Syuzairy, berusia empat tahun dari Taska KEMAS Lakis Saratok, telah dinobatkan sebagai juara kategori Foto Kreatif Kemerdekaan Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Saratok.

Bagi kategori Foto Kreatif Kemerdekaan Bangunan Tabika dan Taska, kemenangan berpihak kepada Tabika KEMAS Kampung Hulu Lintang, Kabong yang berjaya menampilkan kreativiti tersendiri dalam mempersembahkan tema kemerdekaan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Latip Amit, Ketua Kampung Ali Nusi, selain sokongan padu daripada ibu bapa serta penduduk setempat yang hadir memberi semangat kepada anak-anak Tabika dan Taska yang mengambil bahagian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pakaian ditemui dalam operasi mencari warga emas hilang di Ulu Skrang
Next: Warga emas terus diberi perhatian dalam agenda inklusif kerajaan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.