Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KEMAS Marudi perkasa komuniti luar bandar melalui kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga
  • Utara
  • WILAYAH

KEMAS Marudi perkasa komuniti luar bandar melalui kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga

Utusan Sarawak 4 hours ago
PESERTA merakam gambar kenangan pada Majis Penyampaian sijil tamat pembelajaran Keleas PKK Kemas. Foto KEMAS Marudi.

MARUDI: Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) merupakan salah satu kelas kemahiran yang ditawarkan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi memperkasa komuniti, khususnya masyarakat luar bandar.

Pegawai KEMAS Marudi, Therry Noel George Anyi berkata program pendidikan kemahiran KEMAS merangkumi enam bidang utama iaitu masakan, jahitan, dandanan diri, pendidikan kesejahteraan keluarga, seni tangan dan komputer.

Menurut beliau, bagi kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, para peserta didedahkan kepada beberapa modul penting merangkumi aspek masakan, ekonomi, kesihatan, perlembagaan serta kesedaran sivik.

“Modul-modul ini bukan sahaja memberi pengetahuan, malah membantu membentuk pemikiran yang lebih matang dan berdaya saing dalam kehidupan seharian,” katanya.

Therry berkata objektif utama kelas berkenaan adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran pelbagai jurusan secara tidak formal, khususnya kepada masyarakat luar bandar.

Katanya, usaha tersebut selari dengan misi KEMAS untuk meningkatkan pengetahuan kemahiran serta penguasaan teknologi terkini agar masyarakat desa dan golongan belia mampu menguruskan sumber dengan lebih bijak dan optimum, sekali gus meningkatkan kualiti hidup serta memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan peserta.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat beberapa kelas PKK lain di kawasan Marudi, antaranya Kelas PKK Rumah Justin Sungai Entulang, Kelas PKK Rumah Sator Lubok Nibong dan Kelas PKK Kampung Muhibbah Pemindahan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta kelas PKK atas kesungguhan, disiplin dan semangat yang ditunjukkan dalam menimba ilmu, serta berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai sumber penjanaan pendapatan pada masa hadapan.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Kerajaan salur bantuan perayaan kepada 580 penerima berbangsa Cina di Sarikei
Next: Rumah Seri Kenangan Sibu dibaik pulih, penghuni ditempatkan sementara di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.