Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KEMAS Marudi latih penduduk luar bandar asas kemahiran foto untuk usahawan
  • Selatan
  • WILAYAH

KEMAS Marudi latih penduduk luar bandar asas kemahiran foto untuk usahawan

Utusan Sarawak 14 hours ago
KURSUS Kemahiran Jangka Pendek Komputer mendapat sambutan menggalakkan warga sekitar Marudi.

MARUDI: Seramai 15 peserta dari sekitar Marudi telah menyertai Kursus Kemahiran Jangka Pendek Komputer (Photo Phone) anjuran Unit Pendidikan Kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Marudi.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 Julai lalu itu diadakan di Bilik Mesyuarat Persekutuan Marudi bertujuan memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi ‘photo phone’, termasuk teknik mengambil gambar yang berkualiti serta teknik penyuntingan gambar produk jualan secara atas talian.

Majlis Penangguhan Kursus disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Marudi, Siti Mariam Mahdar yang dalam ucapannya menegaskan bahawa program seumpama ini dapat memupuk minat peserta untuk menceburi bidang perniagaan, sekali gus meningkatkan sumber pendapatan keluarga.

Beliau berkata, kursus ini bukan sahaja memberi kemahiran secara tidak formal kepada masyarakat luar bandar, malah berupaya meningkatkan kualiti hidup melalui kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa.

“Saya berharap semua peserta dapat menguasai teknik penggunaan aplikasi ‘photo phone’ bagi menghasilkan gambar yang lebih menarik, terutamanya untuk tujuan perniagaan secara atas talian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai KEMAS Marudi Therry Noel George Anyi memaklumkan, beberapa lagi Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer akan dilaksanakan sepanjang tahun ini, termasuk kursus bidang masakan seperti hiasan kek serta kursus senitangan yang dijadualkan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Menurut beliau, kursus seperti ini mampu memberi nilai tambah kepada kemahiran sedia ada peserta, sekali gus mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan melalui kemahiran yang dipelajari.

“Selaras dengan objektif jabatan, penganjuran kursus sebegini dapat melahirkan tenaga mahir dalam bidang komputer, masakan dan senitangan, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar,” tambahnya.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerai diroboh bagi laluan projek kabel bawah tanah SEB
Next: Enam tuai rumah baharu terima watikah pelantikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.