Kemas Limbang lahir masyarakat celik ilmu

Facebook
WhatsApp
BERI SOKONGAN...Paulus pada majlis penutupan Program Graduasi Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Limbang bagi tahun 2026 yang bertempat di Kpg. Menuang Baru, Limbang.

LIMBANG: Program Graduasi Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bahagian Limbang berupaya melahirkan masyarakat berilmu sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Datuk Paulus Palu Gumbang memberitahu program ini merupakan salah satu usaha murni yang menyokong aspirasi negara dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Paulus berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian dan penutupan Program Graduasi Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) di Kampung Menuang Baru, Limbang, kelmarin.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Mohd Khairul, Temenggong Willie Liaw Merum, Penghulu Unong anak Ketit, Tr. Mary Manjan bersama beberapa Tuai rumah berdekatan. 

Oleh Adeng Edrus