Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemas kini: Warga emas ditemui meninggal dunia di tepi jalan, kes diklasifikasi mati mengejut
  • WILAYAH

Kemas kini: Warga emas ditemui meninggal dunia di tepi jalan, kes diklasifikasi mati mengejut

Utusan Sarawak 6 hours ago
MANGSA wanita warga emas yang ditemui meninggal dunia di tepi jalan kawasan Sungai Anak menghala ke Simpang Roban awal pagi tadi. Foto IPD Saratok

SARATOK: Penemuan mayat wanita warga emas di tepi jalan kawasan Sungai Anak menghala ke Simpang Roban awal pagi tadi telah menggemparkan penduduk setempat.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 82 tahun yang dikenali sebagai Yong Swee Suong.

​Menurut beliau, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada 6.40 pagi selepas seorang orang awam menghubungi Balai Polis Roban bagi melaporkan penemuan seorang individu dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bahu jalan menghala ke Simpang Roban.

​Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditemui terbaring di tepi jalan namun pemeriksaan fizikal menunjukkan tiada sebarang kesan kecederaan dikesan pada tubuh badan mangsa.

​Pasukan kecemasan daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok telah dikerahkan ke lokasi bagi memberikan bantuan awal.

​Mangsa bagaimanapun tidak memberikan sebarang tindak balas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

KETUA Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie.

​Berdasarkan keterangan daripada anak mangsa, warga emas tersebut dilaporkan mempunyai sejarah kesihatan dan baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sarikei akibat simptom asma yang serius.

​Pihak polis telah menjalankan prosedur di tempat kejadian termasuk pengambilan gambar dan rajah kasar bagi membantu siasatan. 

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Saratok untuk tindakan lanjut.

​DSP Mathew Manggie menegaskan bahawa setakat ini tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kematian tersebut.

​”Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat mangsa akan menjalani proses bedah siasat pada 10.30 pagi esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

​Kes kini dikendalikan oleh Ketua Polis Balai Roban, Sarjan Mohamad Adhha Mahri selaku Pegawai Penyiasat kes.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peniaga perlu konsisten, elak kios perniagaan kosong
Next: Operasi SAR Denickles Lesen buntu, disambung semula esok 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.