Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kemas Kini: MPS terus usaha padam kebakaran di tapak pelupusan sampah Jalan Seng Ling
  • KEBAKARAN

Kemas Kini: MPS terus usaha padam kebakaran di tapak pelupusan sampah Jalan Seng Ling

Utusan Sarawak 1 day ago
KEBAKARAN…..Bahagian Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Sibu (MPS) kini sedang giat mengawal dan memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Jalan Seng Ling. Foto  Mohamad Alhadi Shamsawi

SIBU: Bahagian Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Sibu (MPS) kini sedang giat mengawal dan memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Jalan Seng Ling.

Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, usaha dipertingkatkan dengan penggerakan sebuah jengkaut bagi membantu operasi pemadaman.

“Kami menghargai tindakan pantas dan berterusan daripada pasukan kami. Kami sentiasa mendoakan keselamatan mereka sepanjang menjalankan tugas penting ini,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, tapak perlupusan sampah tersebut yang dilaporkan terbakar sejak semalam telah ditutup kerana masih mengeluarkan asap pagi tadi.

Kebakaran itu telah menyebabkan berlakunya keadaan berkabus menyelubungi sekitar kawasan pusat bandar Sibu.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati Bahagian Kesihatan Awam MPS giat menjalankan usaha mengawal dan memadam kebakaran.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kilang di Muara Tabuan terbakar
Next: Kereta musnah terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo Miri-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.