Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemas kini: Mangsa ditemui selamat di Sungai Jaie, meninggal dunia 3.00 petang ini
  • KEMALANGAN

Kemas kini: Mangsa ditemui selamat di Sungai Jaie, meninggal dunia 3.00 petang ini

Utusan Sarawak 15 hours ago
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membawa keluar Hamizan Rahmat, 42, yang ditemui dalam keadaan lemah di kawasan belukar berhampiran Sungai Jaie, Kampung Jaie, Asajaya, hari ini. Foto BBP Asajaya

ASAJAYA: Lelaki yang sebelum ini ditemui selamat selepas dikhuatiri hilang di kawasan Sungai Jaie, Kampung Jaie, di sini, disahkan meninggal dunia petang ini.

Mangsa, Hamizan Rahmat, 42, disahkan meninggal dunia pada 3.00 petang selepas pemeriksaan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir di lokasi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, mangsa sebelum itu ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 12.50 tengah hari, kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), selepas operasi memasuki hari kedua.

Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kawasan belukar ke lokasi selamat untuk tindakan lanjut sebelum pemeriksaan kesihatan dilakukan.

Operasi SAR dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan (RELA) serta penduduk kampung.

Pihak berkuasa seterusnya menyerahkan kes kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mangsa dikhuatiri hilang di Sungai Jaie ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.