Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemas kini: Dua maut, sembilan cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu
  • KEMALANGAN

Kemas kini: Dua maut, sembilan cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEMALANGAN maut melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan kereta Proton Iriz di Jalan Lubok Antu, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Dua orang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala sembilan yang lain mengalami kecederaan dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan kereta Proton Iriz di Jalan Lubok Antu, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong tiba di lokasi pada 4.06 petang, kira-kira 50 kilometer dari balai.

Komander Operasi, Yusof Tamin melaporkan, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati sebahagian besar mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam. 

KEMALANGAN maut melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan kereta Proton Iriz di Jalan Lubok Antu, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Namun begitu, pasukan bomba terpaksa menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa wanita dewasa yang masih berada di tempat duduk belakang Proton Iriz.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi mengesahkan dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala sembilan mangsa lain mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut. 

“Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba turut membantu menghantar seorang mangsa ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi dikawal sepenuhnya pada 5.00 petang dan pasukan bomba masih berada di lokasi bagi menjalankan kerja pembersihan sisa kemalangan serta tumpahan minyak bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

KEMALANGAN maut melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan kereta Proton Iriz di Jalan Lubok Antu, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux membawa tujuh orang mangsa, membabitkan dua lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa cedera, manakala masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa meninggal dunia.

Proton Iriz pula dinaiki empat orang dewasa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

Seramai lapan anggota bomba terlibat dalam operasi dengan bantuan dua jentera, iaitu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah EMRS. Turut berada di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita lemas di pantai Sydney pada pagi tahun baharu, seorang lelaki hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.