Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan van dan Axia di persimpangan SMK Spaoh, seorang cedera
  • KEMALANGAN

Kemalangan van dan Axia di persimpangan SMK Spaoh, seorang cedera

Utusan Sarawak 9 hours ago
Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van dan kereta Perodua Axia berlaku berhampiran persimpangan SMK Spaoh, hari ini. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Sebuah kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van dan kereta Perodua Axia berlaku berhampiran persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, hari ini, mengakibatkan seorang penumpang cedera.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh, pengadu yang dalam perjalanan ke tempat kerja, menjadi saksi kejadian dan segera menghubungi talian kecemasan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Spaoh.

Pada masa singkat, Skuad Charlie yang terdiri daripada tiga anggota dikerahkan ke lokasi untuk memberi bantuan kecemasan.

Setibanya di tempat kejadian, anggota melakukan pemeriksaan Tinjauan Badan Pantas (RBS) ke atas semua mangsa bagi menilai tahap kecederaan.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang penumpang Perodua Axia mengalami lebam di bahagian kaki kanan, manakala pemandu Axia dan pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang cedera dipasang Kolar Serviks dan Lower Limb sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Spaoh untuk rawatan lanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis. Orang ramai dinasihatkan menghubungi talian kecemasan 083-473006 (APM Spaoh) atau 999 sekiranya berlaku kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut lori tangki langgar dinding jejambat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.