Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kemalangan Trak FRU: Sultan Selangor zahir rasa sedih, titih kerajaan perlu beri perhatian serius
  • SEMASA

Kemalangan Trak FRU: Sultan Selangor zahir rasa sedih, titih kerajaan perlu beri perhatian serius

Utusan Sarawak 8 hours ago
JENAZAH tujuh mangsa nahas kemalangan yang membabitkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam disolatkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Daerah Hilir Perak. Terdahulu, dalam kejadian tersebut, kenderaan FRU dinaiki lapan anggota yang dalam perjalanan ke Ipoh selepas satu penugasan di Teluk Intan dirempuh sebuah lori muatan batu, menyebabkan lapan anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan. FOTO BERNAMA

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam isu berhubung nahas jalan raya, khususnya yang membabitkan kenderaan berat.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office baginda bertitah melihat kepada jumlah kes kemalangan dan tragedi seumpamanya yang kian meningkat, tindakan segera yang lebih tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi menanganinya.

Baginda mahu sekiranya ada pihak yang didapati bersalah dan menjadi punca kepada kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan parah, pemandu serta syarikat terlibat bukan sahaja perlu didenda atau dipenjara, malah lesen memandu mereka wajar ditarik balik.

Baginda bertitah tindakan itu bagi memberi pengajaran kepada pemandu lain agar lebih berhati-hati dan memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi ketika memandu.

Dalam hantaran sama Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin menzahirkan perutusan takziah kepada keluarga dan waris sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Teluk Intan, Perak pada Selasa lepas.

Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi menyayat hati yang menimpa semua mangsa terlibat.

Dalam kejadian sekitar 8 pagi Selasa lepas, sembilan anggota FRU maut dan lapan yang lain cedera selepas trak yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di simpang tiga Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Sultan Sharafuddin seterusnya menggesa syarikat-syarikat penggendali perkhidmatan lori, bas dan kenderaan berat agar membuat penilaian ketat dalam memilih pemandu dan kelindan selain mengingatkan semua pihak terlibat tidak memandang ringan terhadap perkara-perkara yang boleh membawa kepada kecuaian seperti kondisi kenderaan dan kelayakan pemandu.

“Baginda berharap dan berdoa agar tidak akan berlaku lagi tragedi kemalangan sebegini, apatah lagi yang membabitkan kehilangan nyawa insan-insan tidak berdosa, khususnya mereka yang sedang berkhidmat untuk keamanan negara,” menurut hantaran itu. — Bernama

Continue Reading

Previous: Hari Belia Negara: Pelbagai inisiatif pembangunan belia diperkasa- Zahid Hamidi
Next: Rundingan FTA Malaysia-Korea Selatan di peringkat akhir Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.