Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan ragut nyawa lelaki di Serian
  • KEMALANGAN

Kemalangan ragut nyawa lelaki di Serian

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEMALANGAN jalan raya kendiri yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Datu Michael Ben, Serian.

SERIAN: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya kendiri yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Datu Michael Ben, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Jonathan Chin Ching Ming, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.35 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

“Kemalangan tersebut merupakan insiden kendiri yang menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan.

Operasi yang diketuai Komander Operasi, PBK I Rosnani  Malong melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera bomba penyelamat (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) itu tamat sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.

Turut terlibat dalam operasi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tujuh maut akibat runtuhan salji di laluan gunung berhampiran Kashmir di bawah kawalan India
Next: Lelaki cedera dalam kemalangan motosikal, kereta di Jalan Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.