Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan maut: Polis tahan pemandu Alza
  • KEMALANGAN

Kemalangan maut: Polis tahan pemandu Alza

Utusan Sarawak 7 months ago

Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan semalam.

LAWAS: Polis menahan pemandu kereta Perodua Alza berusia 38 tahun berikutan kes kemalangan hingga menyebabkan tiga kanak-kanak maut dan enam lagi terselamat semalam.

Dalam kejadian itu kereta Alza yang dipandu seorang lelaki terjunam ke dalam sungai di Kampung Awat-Awat, Jalan Awat-Awat, Sundar, di sini.

Ketua Polis Daerah Lawas, Liong Tindan berkata berikutan itu polis telah menahan pemandu Alza terbabit untuk siasatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan tersebut yang bergerak dari arah Pekan Sundar menuju ke Kampung Awat-Awat hilang kawalan.

“Ia terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum memasuki kawasan paya bakau berair,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata lelaki yang yang bekerja sebagai nelayan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Semalam jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa, Mohamad Nazran Awang Matasan,10, Mohd Fayard Mohd Azmi, 5, dan Eryna Akifa Imani Zukri, 8, dilaporkan meninggal dunia semasa diberikan rawatan di Hospital Lawas.

Seorang lagi kanak-kanak perempuan, Madieenatul Munawarah Mohd Azmi, 9, dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

“Kenderaan tersebut dinaiki 10 orang dengan lapan daripadanya pelajar Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas manakala seorang kanak-kanak berusia 5 tahun merupakan anak kepada pemandu  berusia 38 tahun itu.

“Enam daripada mereka termasuk pemandu berjaya menyelamatkan diri selepas lelaki itu bertindak membuka pintu bonet bahagian belakang kereta. 

“Tiga kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan yang tenggelam itu telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sundar, Lawas,” katanya.

Beliau berkata panggilan berhubung kejadian itu diterima pada 1.15 tengah hari dan tujuh anggota dengan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah digerakkan ke lokasi.

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Operasi cari lima peserta regata hilang disambung esok
Next: Insiden bot karam: Bot awam dinasihat perlahankan kelajuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.