Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan kendiri di Sibu: Lelaki terperangkap, dua wanita tercampak keluar
  • KEMALANGAN

Kemalangan kendiri di Sibu: Lelaki terperangkap, dua wanita tercampak keluar

Utusan Sarawak 16 hours ago
PASUKAN bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kemalangan kendiri di Lorong Sentosa Utara 8, di Sibu, petang tadi. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Seorang lelaki dan dua wanita dikejarkan ke Hospital Sibu selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Lorong Sentosa Utara 8, di sini, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, mangsa terdiri daripada seorang lelaki,42, serta seorang wanita, 46, dalam keadaan separuh sedar dan seorang lagi wanita 45, sakit di bahagian dada.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian.

 PASUKAN bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kemalangan kendiri di Lorong Sentosa Utara 8, di Sibu, petang tadi. Foto JBPM Zon Sibu

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta terlibat dalam kemalangan kendiri selepas terjatuh ke dalam longkang.

“Seorang mangsa lelaki didapati terperangkap di dalam kenderaan manakala dua mangsa wanita tercampak keluar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa lelaki yang terperangkap tanpa menggunakan peralatan hidraulik sebelum mangsa diletakkan di atas pengusung.

“Dua mangsa dibawa ke Hospital Sibu menggunakan ambulans manakala seorang lagi mangsa dibawa oleh ahli keluarga,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
Next: Warga emas, anak saudara 12 tahun maut kemalangan di Jalan Sri Aman-Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.