Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan kendiri di Serian, seorang lelaki cedera
  • KEMALANGAN

Kemalangan kendiri di Serian, seorang lelaki cedera

Utusan Sarawak 4 hours ago
Anggota JBPM Serian menjalankan operasi menyelamat dan rawatan awal ke atas mangsa kemalangan kendiri melibatkan sebuah Perodua Kancil di P-Turn berhampiran kilang ais, sebelum mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

SERIAN: Seorang lelaki dewasa cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang melanggar penghadang jalan di P-Turn berhampiran sebuah kilang ais di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.15 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.

Menurut kenyataan JBPM, jentera bomba tiba di lokasi pada 4.21 petang dan mendapati kemalangan kendiri tersebut melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas lalu melanggar penghadang jalan.

“Mangsa merupakan pemandu kenderaan dan tidak tersepit, namun mengalami kecederaan pada bahagian kaki,” menurut kenyataan itu.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak memberikan rawatan awal sebelum mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serian menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Rawatan Kecemasan Perubatan (EMRS) Bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada 4.29 petang dan ditamatkan pada 4.40 petang selepas keadaan disahkan selamat. 

Seramai tujuh anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu EMRS, diketuai PBK II TBK I Dobbin selaku Komander Operasi.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki OKU ditemukan terapung di Sungai Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.