Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan kendiri di Jambatan Sungai Undop, dua mangsa cedera
  • KEMALANGAN

Kemalangan kendiri di Jambatan Sungai Undop, dua mangsa cedera

Utusan Sarawak 17 hours ago
KEMALANGAN kendiri membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Jambatan Sungai Undop petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

SRI AMAN: Dua individu cedera dalam satu kemalangan kendiri membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Jambatan Sungai Undop, di sini petang tadi.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang sebelum sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi.

Pasukan penyelamat tiba pada 2.37 petang dan mendapati terdapat dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Rais berkata, mangsa lelaki berusia 32 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri, manakala mangsa wanita berusia 65 tahun cedera ringan pada bahagian kepala.

“Pasukan bomba bertindak memasang ‘cervical collar’ kepada kedua-dua mangsa, selain memberikan rawatan awal mengikut prosedur keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa menggunakan jentera EMRS ke Hospital Sri Aman bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi disertai tiga anggota, manakala tiada pegawai kanan hadir di lokasi. Operasi dikawal pada 2.48 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada 3.10 petang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Mangsa ditemui rentung dalam kereta terbakar di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.