Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu, 11 mangsa terlibat
  • KEMALANGAN

Kemalangan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu, 11 mangsa terlibat

Utusan Sarawak 3 hours ago
 KEMALANGAN jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu, Betong, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Seramai 11 orang mangsa terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.30 petang tadi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer dari balai dan jentera bomba tiba pada 4.06 petang.

“Kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu pacuan empat roda dan kereta jenis Proton Iriz. 

“Kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” menurut kenyataan PGO JBPM Sarawak.

KEMALANGAN jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu, Betong, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya membantu memberikan pertolongan awal kepada mangsa sementara menunggu ketibaan ambulans untuk tindakan lanjut.

Operasi dikendalikan oleh Komander Operasi, Yusof Tamin dengan kekuatan seramai lapan anggota serta melibatkan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Tiada maklumat lanjut mengenai kecederaan mangsa setakat ini dan operasi masih dalam pemantauan. JBPM Sarawak memaklumkan perkembangan lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Siling Plaza Merdeka runtuh, tiga wanita cedera ringan
Next: Wanita lemas di pantai Sydney pada pagi tahun baharu, seorang lelaki hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.