KUCHING: Satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda di Jalan Kuching-Serian berdekatan kilang Mokpo Bata, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Bomba berkata, seorang mangsa iaitu pemandu kenderaan dipercayai tersepit dalam kenderaan itu ketika kejadian berlaku pada jam 2.13 petang ini.
“Anggota Bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan memberi rawatan awal,” katanya.
Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh ambulan Kementerian Kesihatan.
Oleh NICKELYSON LAKUN