Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kemalangan Bas: KPWKM salur bantuan segera kepada 10 pelajar UPSI di ICU – Nancy Shukri
  • SEMASA

Kemalangan Bas: KPWKM salur bantuan segera kepada 10 pelajar UPSI di ICU – Nancy Shukri

Utusan Sarawak 2 days ago
Foto Facebook Nancy Shukri

PUTRAJAYA:  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyampaikan bantuan segera RM1,000 tiap seorang kepada 10 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Perak, susulan kemalangan ngeri di Gerik semalam.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merupakan sumbangan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah “Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa” (PEKA YKN).

“Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Taiping, dan dua di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya kepada media ketika ditemui semasa merasmikan Seminar Wanita 2025 “EmpowerHER: Engage Energise Elevate”, here today.

Selain itu beliau berkata pihaknya juga akan meninjau bentuk bantuan dan sokongan yang dapat diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut dalam pelbagai aspek, termasuk menyediakan kaunselor bertauliah bagi membantu mereka dari segi psikologi.

Dalam kejadian awal pagi semalam 15 penuntut UPSI maut dan 33 orang tercedera apabila sebuah terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9.00 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.– Bernama 

Continue Reading

Previous: Concerns over MCMC’s request for telecommunication data  
Next: Sarawak ketengahkan agenda tenaga mampan di Pameran Shanghai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.